Bila segala rasa dipendam ,
Segala luka sukar untuk dipadam.
Semakin lama semakin rasa sesak didada,
Semakin lama semakin sebak pada rasa .
Bukan sengaja untuk simpan segala rasa sendiri,
Tapi takut untuk berkongsi rahsia hati .
Biarlah semua tersimpan rapi,
Kerana tiada siapa yang dapat mengerti .
Bila sukar untuk bicara dari bibir,
Semuanya terungkap dari bait kata .
Jangan khuatir tiada pendengar setia,
Kerana Dia sentiasa ada --Allah Maha Pendengar .